Nabi Adam hidup bersendirian di syurga,menikmati keindahan taman-tamannya,Baginda merasakan seperti ada sesuatu yang kurang.Tanpa meluahkan perasaan sepi,Allah yang maha tahu menyediakan seseorang sebagai teman baginya.
Semasa Nabi Adam lena di tempat beradu,Allah mengarahkan seorang malaikat mencabut tulang rusuk di sebelah kiri badan Nabi Adam secara perlahan-lahan supaya baginda tidak merasa kesakitan.
Dengan kuasa Allah yangmaha berkuasa,apabila disebut "kun",maka jadilah yang dikehendakiNya."kun!"Tercipta seorang manusia yang diberi nama Hawa,berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam.Wanita yang indah rupa paras dan budi pekertinya.Dia adalah manusia kedua ciptaan Allah bagi menemani Nabi Adam.
Sebaik sahaja Nabi Adam bangun daripada tidur,baginda mendapati seorang gadis jelita berada disampingnya sambil tersenyum manis.Beliau lantas bertanya,"siapa kamu?"
Gadis jelita itu tertunduk malu."Saya diberi nama Hawa,saya diciptakan bagimu,"Hawa menjawab tersipu-sipu.
Tutur kata Hawa yang diciptakan Allah dengan penuh kelembutan dan sopan santun terus memikat hati Adam.Lalu berputik rasa cinta di hati dua manusia yang tinggal di syurga itu.
Nabi Adam mengerti .Hawa diciptakan bagi menemaninya di syurga."Marilah dekati saya,"Nabi Adam bersuara.
"Saya malu.Sekiranya kamu mengkehendaki saya,kamulah kemari," balas Hawa dengan sopan.
Nabi Adam tidak merasakan kesalahan baginya mendekati Hawa yang sememangnya diciptakan hanya baginya.Beliau bangun mendekati Hawa dan menghulurkan tangannya.
Tiba-tiba,satu suara menegah baginda dari terus mendekati Hawa."Tahanlah dirimu.Pergaulan kamu dengan Hawa belum halal kecuali dengan mahar dan nikah."
Pada hari Jumaat yang ditetapkan,Allah menikahkan pasangan syurga itu,disaksikan oleh para Malaikat dan Bidadari di bawah sebatang pohon syurga bernama Syajarah Thuba.Para bidadari menaburi pasangan pengantin syurga itu dengan mutiara-mutiara yakut yang bergermerlapan.Kemudian mereka mengiringi pasangan itu ke sebuah istana indah yang menjadi kediaman mereka di syurga.
Nabi Adam mendekati isterinya,tetapi Hawa menolak daripada disentuh."Mana Mahar saya?".
Nabi Adam bingung mendengar soalan Hawa.Baginda menadah tangan."Apakah yang perlu saya berikan sebagai mahar kepada isteriku?Adakah ia emas atau permata?"
"Bukan," balas suara ghaib itu.
"Adakah saya mesti berpuasa,bersembahyang dan berzikir?" Nabi Adam bertanya.
"Bukan.Mahar Hawa adalah berselawat sebanyak sepuluh kali kepada nabiku,penghulu segala nabi iaitu Muhammad,"suara ghaib itu menjelaskan.
Adam mendapatkan Hawa dan mengucapkan selawat sebanyak sepuluh kali kepada Nabi Muhammad.Kemudian Hawa menerima maharnya lalu menghulurkan tangan menyambut suaminya.Berpadulah kasih sayang antara mereka dan mereka menikmati nikmat syurga bersama.
p/s:impian setiap pasangan bercinta berkahwin dengan mahar dan nikah yang sah..itu juga yg aku inginkan...



Insya Allah...
ReplyDeleteAmin...
~ semoGa akAn Ada Y terbaIk Dlm hidup Myra..Yakin Pada janjiNYA...InsyAALLAH pAsti Bertemu..
ReplyDelete