Monday, February 28, 2011

kehilangan sahabat baik....jan 2010-feb 2011

shitsuke group

kinah & akma

nor shakinah binti johari

friend forever

ingat kami dalam kenangan

pergi mu tiada peganti...ingat kawan2 selalu...

kinah & myra

miza & kinah

walaupun kita berjauhan kini...teruskan la perjuangan mu wahai teman...selagi ikatan persahabatan ini ada...

Saturday, February 26, 2011

cinta ini kini membunuhku....

cinta...
hadirmu mengubah pantai hatiku...
membuihkan senyuman kasih di bibir romantis...
mengombakan seribu rasa keanehan...
ada suka...rindu...sepi...dan tawa serta air mata...


cinta...
kau tak pernah buta...
kau setia pada sang kekasih...
namun kau tak pernah nampak kenyataan...


cinta...
kau berputik dihati dengan pelbagai cara...
dari pandangan mata turun ke hati...
dari suara yang membangkitkan rindu...
dari coretan yang menyentuh rasa...
dari keikhlasan yang mengikat kasih...


walau apapun tafsiran orang...
namun cinta ku pada mu adalah segala-galanya...
hanya maut yang bisa memisahkan kita...
ketahui lah sayang ku...
hadir mu di hati ku...
tak pernah ku keluh sekalipun...
kerna ku serahkan cintaku padamu...
serta pada Allah yg satu...

hati terluka...

entah kenapa hati ini banyak yang memendam rasa...tak tau mana nak ku luahkan...aku cuba bertahan hingga ke saat ini...namun hati ini da xsekuat lg seperti mula perkenalan ku dan dia...sudah  hampir 3 bulan aku cuba pertahankan istana cinta yang aku dan dia bina ini...namun aku da tewas...aku dah kalah dengan perasaan ku sendiri...adakah aku yang bersalah???aku tak pernah marah dia n takkan pernah salahkan dia atas apa yang terjadi...sebab aku cuba setia n pertahankan apa yang telah berlaku...kini aku da tak mampu lg...aku akhirnya mengaku kalah...bak kata orang...tarik diri dari perjuangan cinta...tak bermakna aku kalah sekarang...aku takkan bangkit...tapi aku perlu jauhkan diri seketika....

Monday, February 14, 2011

makin lama...makin jauh....

oh hati...
kuat kah dikau untuk bersabar...
setiap dugaan datang silih berganti...
tabahkah dikau wahai hati....
agar kau tak kecundang lagi...


hati...
ingin ku tanya...
apakah yang kau mau kan selama hayat mu???
sudah kah impian mu tercapai???
siapakaj yang kini bertakhta di singgahsana mu???
bagaimanakah kau menghadapi kerinduan saban hari???
adakah kau kuat???


wahai hati ku...
ini lah kenyataan hidup mu...
hidupku...
susah senang silih berganti...
walau sedia camne pun kena teguh...
jangan goyah...
pasrah dan rela apa yang berlaku...
agar setiap perjuangan berjaya dicapai...
walaupun dugaan melanda....


hati...
ku tahu kini segala-galanya kian goyah...
harapan mu kian musnah...
kepercayaan mu kian pudar...
segala impian mu hampir terpadam...
dan segala pengorbanan mu tiada bermakna lagi...


Ya Allah Ya Rabbi....
kuatkan hati ku ini...
tanpanya tiada tujuan lah hidupku...
aminnnn....

Thursday, February 10, 2011

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

luahan hati ku...

abang...
kenapa harus begini???
seharusnya kita saling memahami...
tetapi kenapa harus ada sengketa???
kenapa harus rasa cemburu???
sedangkan dirimu pernah berkata...
yang dikau tidak lagi mahu...
melihat diri ku menangis...
menderita dan terluka lagi...
tapi kini dirimu tidak lagi ku kenali...
jauh berubah...
tidak seperti yang ku kenali sebelum ini...


abang...
suka kah dikau melihat ku derita???
sengsara menanggung rindu...
menagih cinta mu...
aku rasa terhina kini...
diri ku tak ubah seperti perempuan murahan...
mungkin tidak di hati mu...
tetapi di mata mu...


abang...
aku pernah cuba memahami diri mu...
tetapi adakah kau pernah mengerti isi hati  ku...
aku mengharapkan perhatian dari mu...
mampukah kau berikan kebahagiaan kepada ku???
kebahagiaan yang selalu diindamkan...
setiap gadis seperti ku...


abang...
kuluahkan isi hati ini...
kerna ingin kau fahami...
bahawa diri ku bukan seperti yang dikau jangka...
mungkin kita jauh berbeza...
banyak perkara yang kita tak sehaluan...
terlalu banyak dugaan sekali...
ingin ku beritahu mu...
kini diri mu sahaja dihati ku...
tiada yang mampu hapuskan cinta ku...
yang hanya buat mu,kasih...

Monday, February 7, 2011

AGROMAS


SALAM BUAT KAWAN-KAWAN SEMUA.... :) 


produk AGROMAS keluaran FAMA memenuhi kehendak pasaran yang mementingkan halal, berkualiti dan sedap....

ANTARA PRODUKNYA YANG MEMANG LARIS

1. SERI KAYA DENGAN MADU - TANPA PENGAWET, PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
2. JEM NANAS -TANPA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
3. JEM BELIMBING-TANPA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
4.JEM ROSELLE-TANPA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
5.KORDIAL ROSELLE-TANPA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
6.HALWA ROSELLE-TANPA PENGAWET, PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
7.KORDIAL SIRAP ROS-TANPA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
8.KERISIK
9.MINYAK KELAPA DARA
10. ROSELLE SEGAR
DAN BANYAK LAGI

PRODUK-PRODUK INI DIHASILKAN DI KILANG MILIK FAMA, 100% BUMIPUTERA DAN MEMPUNYAI PENSIJILAN HALAL DAN MENDAPAT PENGIKTIRAPAN MS ISO 9001:2000 DAN GMP (OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

untuk makluamt lanjut mengenai produk http://cherryice79.blogspot.com/
free counters