Saturday, March 26, 2011

macam2 ke hal...

ru kt 2 minggu xmasuk cb gomo..mcm2 hal berlaku...baik pun ade..yg xbaik pun ade...tlg lah wey!!!korang ni knpe ek???da lbh 3 bulan aku ngan gomo...13/12/2010 hingga ke hari ni...dr mula aku join semua ok jer...tp kebelakangan ni....aduh!!!!pe la korang ni...semua cam budak2...lau yg budak2 tu aku faham la gak..tp ade antara korang ni da jd ayah...jd mak..bakal ayah n mak pun ade...n layak jd mak n ayah org pun ade...camne r korang nk didik ank korang sedangkan korang sendiri xmampu nk didik diri korang..tau la alam maya sekalipun..tp pk2 r same...lagi satu yg suka jd "TUKANG SAMPAI"!!!fuhhh..bukan main hebat skrg..lau korang xsuka seseorang tu..ckp terus terang..ni de lak guna pihak ketiga sampaikan...sampai aku dgr nk gaduh2..sebab perempuan lak tu...malu lah sikit...mcm2 ke hal la korang ni...n de ramai yg menyepi dr join cb..pe cer skrg ni???gomo da xcam dulu lg...sebelum kemunculan seseorang tu...yang kini telah mengubah terus hati aku...n menghancurkan segala impian aku...baik kan orang tu...aku betul2 puji sbb de org mcm tu kat gomofm...bangga de kawan mcm tu...respect la beb...cauu~~~~


p/s:kan aku nah ckp aku tak kan dok diam selagi aku rasa tak tenang....

Thursday, March 24, 2011

(*_*) renungilah teman (^_^)

Maafkan aku wahai teman yang tersayang
Maafkanlah sekiranya teguranku melukakan
Demi Tuhan ku lakukan semua dengan keikhlasan
Demi untuk melihat hari mukamu bahagia

Ingatlah teman jangan berlebih ketawa
Mungkin itu kan membawa kita hampir dengan duka
Kita tidak tahu yang bakal berlaku
Seperti kita tak bisa mengawal cerah cuaca

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara

Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman.

Ikhlasku teman
Memberimu peringatan
Melihat kau bahagia
Itu yang lebih bermakna
Sekiranya nanti
Aku tiada lagi
Sematkan dalam ingatan
Sebagai tanda kenangan

Teman jangan sekali kau mudah lupa
Hidup ini sementara

Setiap dugaan datang bersabarlah teman
Berkat kesabaran kan membawa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi
Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman.

p/s:lagu yg pernah di beri oleh seseorang...lagu yg begitu terkesan di jiwa sehingga hari ini...

(*_^) ku mencari kebahagiaan....(^_*)

benar kata orang..alam maya ni tak seindah alam realiti....yang bahagianya hanya kita mampu rasakan...tetapi sesetengah orang kata alam maya lebih bahagia..tapi aku tak tahu lak sejauh mana kebahagiaan itu...kini aku perlu berpijak pada bumi yang nyata...kebahagiaan itu akan datang sendiri..sekiranya aku dah berusaha serta mengiringinya dengan doa kudus...kebahagiaan itu pasti akan muncul...kadang kala tak semua kebahagiaan akan kekal...adakala cuma di pertengahan jalan..namun aku percaya...hanya ajal dan maut yang mampu pisahkan kebahagiaan seorang manusia di alam nyata...walaupun hati ini pernah merasai kesakitan dan kebahagiaan namun semua itu hanya sementara...ini bukan masa untuk ku berputus asa...ku harus bangkit..demi keluarga dan kawan2 ku yang banyak menyokong ku selama ini...ku berharap suatu hari nanti akan ku temui sinar kebahagiaan yang ku impikan...


p/s: meskipun tanpa insan yang kusayang..aku mampu bahagia walaupun dalam kedukaan...

lagu ni ku dengar bila ku teringatkan dia......

Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu tak akan ku curah segala cinta ku pada mu...mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu...Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan waktu kau kesusahan akulah tempat engkau mengadu tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati dan kau bersukaria dengan orang yang lain Waktu susah kau cari aku waktu senang engkau tinggalkan aku begitulah sikap mu yang tak tahu kenang budi Waktu duka akulah teman waktu perlu akulah kekasih mu tapi selepas itu mengapa kau khianati Apa gunanya dikenang kenang pada orang yang tak menghargai segala pengorbanan diri ku akhirnya aku terluka Aku hanya bersabar sambil dalam hati ku bertanya bahagiakah engkau membiarkan ku terkilan rasa Sesungguhnya diri mu adalah manusia yang lupa daratan dengan mudah kau mungkiri segala janji mu Waktu susah kau cari aku waktu senang engkau tinggalkan aku begitulah sikap mu yang tak tahu kenang budi Waktu duka akulah teman waktu perlu akulah kekasih mu tapi selepas itu mengapa kau khianati Apa gunanya dikenang kenang pada orang yang tak menghargai segala pengorbanan diri ku akhirnya aku terluka Aku hanya bersabar sambil dalam hati ku bertanya bahagiakah engkau membiarkan ku terkilan rasa Sesungguhnya diri mu adalah manusia yang lupa daratan dengan mudah kau mungkiri segala janji mu Dahulu aku sering hiburkan hati mu sayang dan mengapa balasan mu kini menyakiti hati ku...

Wednesday, March 23, 2011

perit ku rasakan...

ku harus hadapi hidup ini..walaupun pahit kurasakan...ku kena kuat...masih jauh perjalanan yang harus ke tempuhi...ku perlu tunaikan impian arwah abah ku yang terlalu berat untuk ku pikul..sehingga hari ini..tiada siapa tahu apakah yang arwah abah ku inginkan dari ku..hanya ku dan arwah jer yang tahu..walaupun arwah abah da tak ada..akak tak pernah lupakan abah..akak akan simpan janji akak..akak sentiasa doakan kesejahteraan abah di sana...
abah...
terlalu banyak kesalahan akak pada abah selama ini kan...akak sedih sangat2 bila fikirkan yang akak tak mampu nak bahagiakan abah sehingga kini..terlalu banyak kelukaan yang akak dah bagi pada abah...abah..maafkan akak..akak bukan lah anak yang baik..tetapi akak dah cuba jadi yang terbaik dan tak pernah putus asa pun...akak cuba jadi anak yang mama boleh banggakan..akak cuba jadi contoh teladan yang baik pada adik2...akak ingat setiap pesanan abah...dan pesanan terakhir abah..kini tersemat di dada dan hati ini.."abah tak ada harta yang lain untuk anak2...pelajaran tu lah harta yang mampu abah bagi kat korang"...akak takkan lupa tu bah...akak akan ingat selalu...disaat pengajian terakhir ini..akak masih ingat pesanan tu..akak takkan persiakan harapan abah dan mama..akak akan ubah nasib keluarga kita...tapi bah..cuma satu jer akak terkilan sangat2 sampai sekarang...akak bukan nak ungkit..tapi sampai hari ini akak masih tak dapat lupakan semua ini..saban hari akak di hantui rasa bersalah..seumur hidup akak tak dapat lupakan..kenapa mama dan abah pinggirkan akak masa akak kecil2 dulu???5tahun akak dipisahkan dari keluarga...adakah kerna akak dilahirkan sebegini rupa???abah..maafkan akak...akak pun dah lupakan semua itu...akak tak tahu nak kata apa lagi...sebab tak semua benda dalam dunia Allah SWT jadikan sempurna..begitu juga akak...tapi akak tak pernah lupa supaya sentiasa bersyukur..yang akak masih mampu bernafas hingga ke hari ini...terima kasih abah...jasa mu takkan akak lupakan...


percutian terakhir....

p/s:hargai lah insan yang kita sayang selagi dia masih hidup dan ada disisi kita....Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahandaku Shaiful Yazan.. 

Sunday, March 20, 2011

warkah berlagu pilu untuk mu...

abang...telah lama kupendamkan perasaan ini..inginku luahkan padamu tp tak terdaya...kerna tika itu kauteramat membenci diriku...sebenarnya ingin ku khabarkan adalah.......aku mencintaimu...Teramat mencintaimu...bila dan bagaimana aku jatuh cinta padamu.....aku sendiri tidak pasti...sewaktu aku sedar...aku sudah pun mencintai dirimu...biarpun kau ragu2 lagi...
abang...kehidupan yang kita lalui bersama...walaupun tidak menghalang aku terus menanam rasa rindu di jiwa...setiap hari bunga-bunga rindu itu semakin berkembang...setelah ku sirami air kasih yang tidak pernah putus buatmu..saban hari ku bajai dengan iringan doa pd Yg Esa...biarpun tika itu aku telah pun kehilanganmu...rindu yang mencengkam di jiwa amat perit ku rasakan..ketika kau tiada di sisi...walaupun aku fobia dengan sikap mu...ia tidak pernah menghalang aku daripada...terus menyemarakan rasa rindu yang bertandang di kalbu..aku tidak tahu rindu kenapa rindu itu harus hadir walaupun kau tidak memerlukan diri ini..mungkin itu tandanya rinduku sememamngnya milikmu...
abang..aku telah cuba untuk menjadi yang terbaik buat dirimu..tapi kau tidak pernah menghargainya...pelbagai cara telah ku lakukan agar kau sedar bahawa pentingnya kehadiranku di sisimu..namun kau tidak pernah hiraukannya...kau buat seolah-olah aku tidak layak untuk bertakhta di hatimu..walaupun pada hakikatnya aku lebih layak daripada wanita2 yang pernah kau dampingi..kenapa abang???kau anggap aku seperti kaca yang tidak berharga..sedangkan aku adalah permata yang bernilai...mungkin aku tidak layak untuk hidup di samping mu yang tinggi darjatnya...
abang...selama aku di samping mu..aku tidak pernah mendambakan hartamu...sebaliknya aku cuma dahagakan setitis kasih sayang daripadamu..walaupun kau tak mampu berikan ku selaut kasih sayang..aku tetap bersyukur jika setitis itu menjadi milik ku..namun aku tidak merasainya..sudah nasibku kerna tidak memperolehi kehidupan seperti yang ku impikan..namun aku tidak pernah merungut kerana itulah dugaan yang diturnkan-NYA utk ku meniti dijalanan yang dihamparkan utk ku..
abang...walaupun kini aku cuba mencari kehidupan baru...namun aku tidak pernah menolak akan hakikat bahawa cintaku,rinduku dan kasih sayangku adalah milikmu abadi..Ingatlah bang..walau dimana sahaja aku berada..dirimu tidak akak aku lupakan..kau sentiasa berada di fikiran,di minda,di ingatan,di hati,di kalbu dan di jiwa setiap masa,setiap waktu dan setiap saat..
abang..selama ini aku tidak berpeluang mencurahkan isi hati ku padamu...kini hajatku tertunai..aku harap kau akan dapat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang..bahagialah kau di pintu mahligai yang akan terbuka untuk mu suatu hari nanti...


p/s:salam sayang ikhlas untuk dirimu...dgr la lagu warkah berlagu pilu nyanyian felix AF3...

Saturday, March 19, 2011

abang ku sayang...


abang...
walau apa pun yang nah terjadi antara kita...
cuma satu yang myra nak abg tahu...
bahawa cinta myra pd abg tak pernah pudar...
myra akan bawa cinta kita ke mana saja myra pergi...
cinta yang lahir dari hati myra adalah tulus...
bukannya pura-pura...
abang...
abg berhak utk memiliki cinta myra walaupun kita tidak lagi bersama...
inilah hakikatnya masa myra menjadi kekasih abg...
sekiranya abg menyedari hakikat cinta kita...
abg takkan ketepikan myra...
kini semuanya da terlambat..
cinta yg hadir dalam diri myra hanya tinggal memori untuk abg..
walaupun myra masih mencintai abg..
abang..
memang susah untuk mengikis cinta yg pernah hadir..
walaupun ia penuh dengan penyiksaan...
maafkan myra sbb tak mampu utk menjunjung cinta kita...
biarlah ia ternoktah sampai di sini...
namun ia tetap bercambah dari hari ke hari...
myra harap satu ari nanti...
jika cinta itu hadir semula dalam diri abg..
tolonglah hargainya...
jangan persiakan cinta itu...
seperti mana abg pernah persiakan cinta myra...

kau yang tak mengerti


aku pernah bertanya kepada diriku sendiri,mengapa tidak kuputuskan sahaja perhubungan yang sia-sia dan menyakitkan ini..Namun aku enggan memikirkan kesudahannya walau jauh dilubuk hatiku telah tersedia jawapannya..aku pasrah dalam menghadapi segalanya walau bukan ini jalan yang ku pilih..ia sudah ditakdirkan..Dalam sedar sinar bahagia bersamanya kian malap..Apa lagi tinggal untukku di bumi serba asing ini selain dia yang kuharapkan menjadi pelindungku biarpun hatiku tidak pernah mengakui bahawa aku akan selamat di dalam dakapannya yang kian jauh dan jauh.....


p/s : rembulan izinkan aku mencatat isi hati ku di dalam dadamu...

Thursday, March 17, 2011

PERNIKAHAN AGUNG

Nabi Adam hidup bersendirian di syurga,menikmati keindahan taman-tamannya,Baginda merasakan seperti ada sesuatu yang kurang.Tanpa meluahkan perasaan sepi,Allah yang maha tahu menyediakan seseorang sebagai teman baginya.
Semasa Nabi Adam lena di tempat beradu,Allah mengarahkan seorang malaikat mencabut tulang rusuk di sebelah kiri badan Nabi Adam secara perlahan-lahan supaya baginda tidak merasa kesakitan.
Dengan kuasa Allah yangmaha berkuasa,apabila disebut "kun",maka jadilah yang dikehendakiNya."kun!"Tercipta seorang manusia yang diberi nama Hawa,berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam.Wanita yang indah rupa paras dan budi pekertinya.Dia adalah manusia kedua ciptaan Allah bagi menemani Nabi Adam.
Sebaik sahaja Nabi Adam bangun daripada tidur,baginda mendapati seorang gadis jelita berada disampingnya sambil tersenyum manis.Beliau lantas bertanya,"siapa kamu?"
Gadis jelita itu tertunduk malu."Saya diberi nama Hawa,saya diciptakan bagimu,"Hawa menjawab tersipu-sipu.
Tutur kata Hawa yang diciptakan Allah dengan penuh kelembutan dan sopan santun terus memikat hati Adam.Lalu berputik rasa cinta di hati dua manusia yang tinggal di syurga itu.
Nabi Adam mengerti .Hawa diciptakan bagi menemaninya di syurga."Marilah dekati saya,"Nabi Adam bersuara.
"Saya malu.Sekiranya kamu mengkehendaki saya,kamulah kemari," balas Hawa dengan sopan.
Nabi Adam tidak merasakan kesalahan baginya mendekati Hawa yang sememangnya diciptakan hanya baginya.Beliau bangun mendekati Hawa dan menghulurkan tangannya.
Tiba-tiba,satu suara menegah baginda dari terus mendekati Hawa."Tahanlah dirimu.Pergaulan kamu dengan Hawa belum halal kecuali dengan mahar dan nikah."
Pada hari Jumaat yang ditetapkan,Allah menikahkan pasangan syurga itu,disaksikan oleh para Malaikat dan Bidadari di bawah sebatang pohon syurga bernama Syajarah Thuba.Para bidadari menaburi pasangan pengantin syurga itu dengan mutiara-mutiara yakut yang bergermerlapan.Kemudian mereka mengiringi pasangan itu ke sebuah istana indah yang menjadi kediaman mereka di syurga.
Nabi Adam mendekati isterinya,tetapi Hawa menolak daripada disentuh."Mana Mahar saya?".
Nabi Adam bingung mendengar soalan Hawa.Baginda menadah tangan."Apakah yang perlu saya berikan sebagai mahar kepada isteriku?Adakah ia emas atau permata?"
"Bukan," balas suara ghaib itu.
"Adakah saya mesti berpuasa,bersembahyang dan berzikir?" Nabi Adam bertanya.
"Bukan.Mahar Hawa adalah berselawat sebanyak sepuluh kali kepada nabiku,penghulu segala nabi iaitu Muhammad,"suara ghaib itu menjelaskan.
Adam mendapatkan Hawa dan mengucapkan selawat sebanyak sepuluh kali kepada Nabi Muhammad.Kemudian Hawa menerima maharnya lalu menghulurkan tangan menyambut suaminya.Berpadulah kasih sayang antara mereka dan mereka menikmati nikmat syurga bersama.

p/s:impian setiap pasangan bercinta berkahwin dengan mahar dan nikah yang sah..itu juga yg aku inginkan...

Tuesday, March 15, 2011

ku ingin selamanya...

cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus tergenapi dalam kisah hidupku

Ku ingin slamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin slamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku
Ku berharap abadi dalam hidupku
Mencintamu bahagia untukku
Karena kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu

Di relung sukmaku
Ku labuhkan s’luruh cintaku
Di hembus nafasku
Ku abadikan s’luruh kasih dan sayangku

tak rela


Andaikan saja kau mau mengerti
Tentang perasaanku selama ini
Yang tak menginginkan kamu terus merasa
Hati dipenuhi rasa curiga
Coba kau pahami keadaanku
Ku hanya menguji kesabaranmu
Ternyata kau tlah salah menilaiku
Kau tinggalkanku untuk cinta yang baru
Sesungguhnya aku tak rela
Melihat kau dengannya
Sungguh hati terluka
Cukup puas kau buat diriku
Merasakan cemburu
Kembalilah padaku
Bukan ku menarik ulur hatimu
Salahkah jika ku mengharapkanmu
Ku tahu hatimu hanya untukku
Kau bersamanya pelarian semata

Sudah Cukup

mungkin hati ini tak ingin kau kembali
namun mimpi ini selalu aku banggakan
dan di saat terindah bersama dirimu
kan selalu ada di setiap jejak langkahku
* dan tak pernah aku sesali cintaku untukmu
karena bagiku tlah milikimu sudah cukup untukku
kemanapun aku pergi selalu sepi tanpamu
dimanapun aku berpijak selalu hadir bayangmu
kuteteskan air mata ini untukmu
saat kau lepaskan cintaku untuk dirinya
dan di saat terindah bersama dirimu
kan selalu ada di setiap jejak langkahku

Monday, March 14, 2011

ku pendam sebuah harapan....

mungkin ramai yang salah faham sal blog aku skrg ni kan...baik aku terus terang je la kenapa aku guna nama ni "sayangku selamanya"..nama ni jd inspirasi aku sebab seseorang yang telah bg aku semangat n ilham utk menulis...padahal b4 ni aku buat saja blog ni..tp xtau nk tulis ape2..kosong..kira yer ni la 1st blog aku...aku mls da buh pic...nnt aku d cop over lg..biar simple cam dlu2 balik...aku better letak pic aku jer nnt...aku tau sayang ku pd dia sgt mendalam..aku tak pernah sayang seseorang sampai camni lg..tp aku perlu hormatkan dia..yang kini aku da anggap cam abg aku sendiri..mmg susah nk anggap camtu..tp sekurang2 yer...walau aku dikatakan mcm2..ade aku kesah...aku da penat..need perubahan...aku perlu berusaha...


aku da di cop mcm2...over..terhegeh2..pompuan xtau malu...pompuan gedik...timba cari perigi la...perempuan murahan..weyy aku da bosan lol...korang nk hina n ckp aku pe lg....aku da x kesah la...aku tak kacau korg..korg nk kacau aku pe kes!!!aku lak xkan cari pasal lau org xcari pasal ngan aku...tu mmg kelemahan aku dr dulu lg...aku bukan suka cari gaduh...tp lau sampai kesabaran aku da hilang..mmg aku akan cari gaduh..bkn tujuan nk minta perhatian tp aku nk selesaikan cara baik..lau org tu xleh terima...aku better mengalah..sbb aku bkn jenis nk pendam sgt lau hal tu leh setel..


lately aku pun da mls nk masuk gomofm..walaupun tu kira 1st radio aku join..tp disebabkn mulut sesetengah org yg suka cari pasal ngan aku..buat aku mls nk amik port da..walaupun aku ngan pinkbugs2525 xbaik mana..tp aku hormat dia..dia antara chatters yg pertama aku knal n baik...tp aku xnah jauh n amik ati ngan ape yg dia ckp...aku always da maafkn dia..de sesetengah pihak ckp aku bawa diri dr gomofm sbb hal aku n hos...please la wey!!!xde kaitan ngan hos pun..walaupun aku makan ati ngan sikap dia..aku xnah berdendam ngan dia...lau aku ckp pun mybe mase tu aku terlalu emo sgt.....


bg menjawab pe yg hanis aleeya ckp..mmg aku ade mase geng2 7 wat hal...aku cuba back up hanis..kdg2 time mia dj pun mia kna..aku sygkn kwn2 aku tu...last2 aku pun kna gak...sbb tu aku da jarang join pepagi..lau kul 2pg keatas mmg aku kdg2 ade kdg2 xde...sbb time tu la geng2 7 ade...xpun aku just skodeng jer...tgk pe yg berlaku..lau de yg xkena aku menyampuk jer..mmg aku emo sgt2...why mesti guna perkataan pelacur,sundal,kafir..pastu berlagak nk jd ustaz..weyy geng7 cermin la diri dlu lau nk nasihat kt aku..aku bkn nk mrh korg nk join ke ape..lau korg xnk hormat org lama kt situ pun..tp hormat la GB tu..bkn kita jer yg tgk..org luar pun tgk...lau korg wat camtu pe pandangan org luar..nk jejaskn prestasi gomofm pun agak2 r..pada dj n mode yg suke wat klon tu..pk la..ape yg akn jd lau korg wat camtu...ade antara pendengar pm kt inbox fb aku..tnye pe da jd ngan gomofm..walaupun diorg xjoin GB tp diorg dgr radio gomofm kt blog2 yg ade...kdg2 smpai aku xlarat nk reply..time radio de problem..bertimbun2 jer pm kt inbox fb aku...aku tau diorg support gomfm...tp lau dj2 n mode wat taik camtu...aku da mls nk ckp pe..aku bkn admin..bkn dj..bkn mode..aku chatters biase jer...n nOw aku da xkenal gomom lg..


***aku syg kehidupan lalu ku..tp kuperlu lepaskn...aku perlu teruskan perjuangan ku...doakan aku...

Sunday, March 13, 2011

aku geram n tension skrg ni!!!!

lately ni bertimbun je masalah...usai kenduri ptg td,,1 peristiwa mengejutkan aku..menangis tak terhenti aku...sampai ke saat ni...handbag aku hilang dalam rumah..setiap pelosok umah aku cari..tapi tetap tak jumpa...da la dalam tu de benda penting..xternal hardisk aku..iphone,nokia lama,duit RM25,nota kelas aku..kertas xcimen aku dan pendrive2 aku..benggang giler aku..puas jiran2 yg dtg pujuk aku...huhuhuhu..malu aku td...last2 aku kna marah ngan mak aku..huwaaa...aku bebal n bawa diri..xjoin cuti2 ke pulau-pulau Malaysia....puas ati aku...sape suh marah aku....

selamat pengantin baru....



pasangan pengantin yg paling aku sayang..semoga korang bahagia k... 

hantaran dari sebelah perempuan



hantaran balasan dr pihak lelaki


bilik pengantin...


majlis akad nikah...


snap pic tomey2 

yay da success majlis ni..semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke anak cucu....

kesabaran ku kian hilang...

ntah pa pe aku ari ni...penat sgt ko..xpasal2 aku meroyan kat chat group...hahahaha..1st time kot aku jd gila camtu...aku pun xtau pe masalah aku..da r tension kenduri ni lg..tp Alhamdulillah..tunggu nk berjalan jer akad nikah kul 10pg ni...kawin juga kawan aku sorang tu...hahahaha..xsia2 pengorbanan aku...tp aku emo giler kot pepagi ni...aku emo sal de tukang sampai cite...hebat sgt ke nk tau sal aku ha!!!aku pun bukan yer baik sgt...tp lau baik pun ngan org yg baik ngan aku...tp bila org tu da start nk musuh ngan aku..aku tak leh dok diam..sbb aku xnk emo..lau cer aku ni "over" juz kerna pic...y xckp sendiri..xpasai2 aku naik gila pepagi ni...lau org tu knal aku ni camne..dia tau la aku camne...tp bila aku minta xplain pe salah aku..dia xnk bg kerjasama...mmg aku hangin..sbb aku xtau pe masalah..then nk mrh2 aku lak...pe da...aku da nk tutup kisah lama la..


***sorry to say..aku takkan cari pasal lau org tu xmula dulu....

Thursday, March 10, 2011

ke perlukan kekuatan kembali....

dari malam kelmarin air mata ni tak berhenti mengalir lagi...bila ku keseorangan mata ku mula berkaca kembali...entah kenapa lately ni aku kerap buka mesej lama...aku buka copy msj aku dan dia...aku buka print screen ape yang aku dan dia bualkan...waktu disaat kami bahagia...aku terkedu dan terharu...ingin kupadam semua itu...tapi aku tak mampu...aku rindu kan dia...rindu kan kenangan dulu...mesej2 dia ku simpul rapi dalam simpanan ku..nasihat dia akan ku jadikan pembakar semangat ku...gambar2 dia akan kusimpan elok2 dalam album memory ku..takkan sesekali aku padam kerna dia la ilham ku...sebelum tidur aku akan buka gambar dia...aku tatap sehingga la aku terlena seperti dia ada selalu teman tiap2 kali aku nak tidur..aku dapat rasakan dia ada disaat itu...tiap kali bangun tidur akan ku tercari2 gambar dia..ku tatap lagi sebelum kaki ini melangkah ke kelas..itu lah yang seringkali lakukan... kini bila ku bersedih sekalipun akan ku ingat teguran dia..dia tak suka aku touching2...tapi aku tak boleh kawal air mata ini..bagai empangan pecah mengalir...aku tak ingin lagi menangis...aku perlukan kekuatan...


"Ya Allah..bantu lah hambaMu ini...aku terlalu rindu kan dia...aku rindu kan kata2 semangat dia...aku rindu kan gelak ketawa dia...yang mampu menbahagiakan aku dikala aku memerlukannya...kini aku dan dia makin jauh..bagaikan ada dinding utuh yang memisahkan diriku dan dirinya...tabahkan hati ku untuk meneruskan liku-liku hidupku ini tanpa dirinya lagi...sesungguhnya aku tak berdaya..."


***abang maafkan myra...myra terlalu rindukan abang...

Wednesday, March 9, 2011

ku penuhi permintaan mereka...

sori terpaksa tulis awal...ingtkn nk tunggu seminggu ru aku tulis lak....tp da nk penuhi permintaan sidia yg aku sayang tu...aku penuhi jugak la..salah satu entry ku..akan ku padamkn..so pasni aku nk clearkn sal cite tu..lau dia rasa tu yg terbaik..hope pk2 kan la..aku paling tak suka org cari pasal..tp bila da de org cari pasal ngan aku...aku jadi camni la..dengan tension masalah aku..org lain pk ego mereka....marah mereka..aku pun ego gak...tp ego aku akn hilagn bila pk kn dia...hanya dia yg mampu lembut kn aku..tp kini...aku da xmerasa ckit pun kasih sayang dia..da hilang..bagi tak hampakan harapan si dia..aku akan penuhi..kepada orang yang terasa tu..pk2 kan la..aku tak suka buruk2 kan org..tp bila aku da rasa terhina sgt2...mau tau sendiri la yer!!!!aku susah nk maafkan org..tp org yg kenal aku..tau aku camne..lembut2 aku..ade kasar yer...so up to u nk pk n declare pe2 ngan aku...sbb aku xkn diamkn diri...so org yg kusayang2 tu...aku akan penuhi permintaan kamu...n pd semua yg da mengikuti cite http://www.myra.gomofm.org/2011/03/kerja-gila-yang-aku-patut-wat-atau.html aku da padam pun story tu...so easy n gone..da~~~~

Saturday, March 5, 2011

cuti2...release tension....

sorry blog kesayangan ku serta orang2 yang ku sayangi....
no story for a week...need release tension...so go holiday trip...
percutian yg dirancang sejak sekian lama kini menjadi kenyataan walaupun tanpa insan tersayang...da lama ku rancang percutian ini...nak sangat pergi bersama2 si dia...tapi disebabkan lately ni hubungan kami dingin..so aku buat keputusan menghabiskan masa cuti ku sendirian...tiada siapa yg akan tahu ke mana dan di mana ku berada...aku cuma gi tau yg aku ke thailand...tp byk lg destinasi yg aku nak pergi...maybe melawat pulau2 di Malaysia...n sebagainya...mengikut jadual yang disediakan oleh aku punya perancang percutian...semua bajet dan jadual telah sedia diuruskan..so duit aku tak keluar satu sen pun...kalau aku tahu percutian sebegini..nak jer aku ajak kawan baik ku namia n ily fira xpun kakak kesayangan ku kak ain...kahkah...aku tak nak ajak pun..need privancy lol...aku menangis pun sorang2...tapi no touching2 seperti kata si dia dulu...think positive...wow..ayat tu sememang yer berguna sekarang ni...aku nak epy2...nk nocat2...

***abg..maafkan syg...percutian ini untuk kita...

Thursday, March 3, 2011

makanan pertama ku selepas seminggu...


setelah semnggu tak makan nasi...inilah nasi yang aku makan...nasi lemak dengan ayam goreng yang ku beli dari pasar malam tadi...namun aku tak habis makan pun...tak lalu...sikit jer pun nasi tu...tiga suap jer pun...tapi tak tertelan pun...huhuhuhu....

bercuti....

nk abiskan ari2 terakhir sebelum offline utk seketika...maybe bercuti ke satu tempat...ingin mengubat hati yang kini terluka...disamping mengenal diri sendiri....
maafkan myra sume..andai ada yang terasa ngan myra selama myra bersama ngan korang...myra minta maaf sangat2...tak ada niat pun...kita semua kawan2 kan..terima kasih kepada sesiapa yang banyak memberi sokongan pada myra...
sayang korang semua.... ♥ ♥ ♥

kerna aku sayang...aku terluka...


abang...
kita da makin jauh kini....
jauh mu tak mungkin dapat ku jejaki lagi....
jauh mu kerna kehadiran insan ketiga antara kita...


abang...
hati ku juga makin jauh...
jauh kerna rindu kan mu...
jauh kerna hormatkan dirimu...
jauh kerna cintaku pada mu...


abang...
hargai lah pengorbanan ku ini...
cinta ku tulus untuk mu...
setia ku hanya untuk mu...
tiada yang lain di hati hanya dirimu...


abang...
mengerti kah kau kini...
aku perlukan kekuatan untuk menghadapi...
namun kini segala-galanya kian lenyap...
lenyap dari pandangan ku...
sayang mu tak lagi ku rasai...
kasih mu dulu makin berkurangan...
rindu mu tidak lagi terucap...


abang yang ku sayangi...
terima kasih untuk segala-galanya...
terima kasih kerna sudi menerima ku...
terima kasih kerna pernah menyayangi ku...
ku tau...walau ego mana hati mu....
kau begitu lembut dan istimewa di hati ku...
terima kasih abang....

aku tertekan...

minggu ni merupakan minggu tekanan bagi aku..dengan sidia yang langsung tak bagi kerjasama...tension yer la...
minggu lepas(20/2/2011)saja tekanan darah aku tinggi 133/115...huwaaaaaaa...muda lagi kot...baru2 ni...aku ingat lagi tarikh tu 27/2/2011 sekali lagi aku ke hospital....tekanan darah aku masih macam tu...135/118....aaaaaaaaaaaaa....nak gila aku jadi...muda lagi kot nak de tekanan darah tinggi...pe la nasib aku...


***aku kena cari kekuatan diri balik n aku takkan sesekali putus asa...kawan2 terima kasih kerna menyokong ku...

Wednesday, March 2, 2011

hilang selera makan...

asal pagi jer aku rase nak makan...
tapi time tengah hari n malam aku hilang selera makan...
wahhh..da susut badan aku...
kawan2 aku kata aku macam zombi da sekarang!!!
muka lak pucat mengalahkan pontianak...
pssttt..sebab aku tak mekap(time g kelas je la)....
huwaaaaaaaaaaa.....ape da jadi ngan aku skrg ni...
Ya Allah...tabahkan lah hati hambaMU ini.......

bangun lambat sbb kes 7?? & story ugutan!!!!

aduh..pagi ni aku bangun lewat..maybe kesengalan ku melayan kerenah si 7 ribut n 7 hujan pg td..huwaa...
pe2 pun kelas start kul 11 so leh aku prepare utk presentation aku ri ni..kui2....aku heran lak bila aku panggil kuar member aku 7 yg lain diorg senyap lak...tp mlm td myb aku natok sgt sbb terlalu fokus pd xcimen yg aku kna wat...aku lupa nk gunakan kekuatan 7 yg aku sendiri ade..kawan2 ku 7 bunga , 7 pelangi , 7 musim , 7 bintang , 7 hati , 7 bugs n 7 biskut...huwaa..serius aku da lupakan mereka...kahkah..tak leh blah yer statement sbb lupa...ape2 pun aku tak kisah la pe pun si 7 hujan n 7 ribut nak cakapkan...diorang nk kutuk chatter2 lame tu diorang yer pasal..tapi yang xtahan nak ckp sal hukum agama ngan aku...lol...diorang sendiri mai kacau tempat org pastu x bg salam nk ckp kat aku bab agama lak...sengal tol rase...cam nk bg flying kick jer...mujur la hanya di alam maya..tp realiti yer hati ku ini hati tisu..warghhhh...kantoikan diri sendiri la....huhuhuhu...muka yang tak mekap ari ni serius aku macam mayat hidup...tp disebabkan aku bangun lambat ari ni...aku wat bodo jer....


story yang menyedihkan berlaku pada ku juga...aku dpt panggilan dr no PRIVATE...aku xtau dr mana..call aku lam kul 9 malam maki2 aku...kat 3 jam aku terpaksa tahan telinga menjawab panggilan tu...aduh tension yer aku...da la ugut aku macam2..nak kelar muka n badan aku la..Astaghafirullah Al-Azim...aku xkacau dia pun..dia kata aku kacau laki yang jd hak dia..sape ntah mamat bertuah tu...special sgt ke mamat tu sampai pompuan tu nk kelar2 aku ha!!!siap maki2 aku dasar pompuan murahan...please la wey....aku tak kacau hidup org pn...aku cuma nk bahagia cam pompuan lain..bukan begini...


****takpe la siti amira binti shaiful yazan..bersabar je la..semua tu dugaan kehidupan anda..hidup mesti diteruskan..tak mati pun kena hina camtu...biarpun terluka hati ini...baik sekalipun luka itu...parut tetap akan ada...

Tuesday, March 1, 2011

family shitsuke

family shitsuke

mama 

angah

acu & along 

free counters