Wednesday, November 19, 2014

KIsah Kami BermulA DiSini... RIndu & SayaNG SeMua...

 

pic ni masa Rakan BPPL anjurkan perhimpunan


ni la Rakan BPPL kecuali tambahan ahli dr Rakan SURAU yg hujung sekali sebelah kanan baju warna biru


perlawanan persahabatan ( bola jaring )..campur dengan adik2 KV ( Kolej Vokasional )


Rakan Sukan bersama mumy mereka..Puan Zaza


Bersama Penyelaras En.Razi & Pengajar-Pengajar dr kanan Cik Siti , Puan Azi En.Razi , Puan Nora & Puan Zaza..sempat lagi bergambar sebelum pergi makan tengahari kt dewan besar anjuran ILP sebab last day untuk adik2 KV..




Bersama En.Khairul Najmi Di PERKAYA


Ct Sipasi , HaNa & myra


Fatim , Kak Baiyani & MyRa (group DESCUM )


Ct Sipasi ( my Roomate ) with Me...


My 1st Friend ( meet at Interview )


Zhana , Deen & Me


Zhana , Along (back) , Me & Serol


bersama rakan-rakan ku..Izzati,Salina & adik Faizah...



Wednesday, March 12, 2014


aku sudah tak mengharapkan apa-apa darinya sejak dia berpaling dariku kali terakhir itu...
cukuplah segala penderitaan...kasih sayang...suka duka...tawa dan nangis ketika bersama...
aku doakan agar dia selalu bahagia walau dengan sesiapa pun...
andai dia ditakdirkan kembali padaku...
aku ingin tahu adakah dia selalu jujur padaku selama ini seperti aku ihlas menerima dia dlm hidupku...
Terima Kasih Ya Allah...kau memberikan peluang ini...
Alhamdulillah dengan nikmat dariMU....




Thursday, April 18, 2013

ORKID LAGI..


Orkid lagi...rumah ku memang penuh dengan pelbagai orkid..ada spesies dan hybrid..gambar diatas merupakan antara koleksi kesayangan ku...sebab ape??bertahun ku tanam..baru 3 tahun ni dia berbunga...lebat dan wangi lak tu..kadang2 dok belek sambil kira berapa kuntum yang ada..melekat bau wangi tu kat aku..tapi malang la sikit pada sesiapa yang lalu dekat ngan umah aku..mesti orang fikir ada hantu..hehehe..sebenarnya ada lagi bunga yang wangi kat rumah ni selain dari orkid,ada melur..melati dan kesidang..baby roses xleh masuk senarai sebab pokok yer da kiok...takpe..nnt ku cari pengati..baby roses tu pun da ada kat rumah sejak aku sekolah rendah lagi...lau korang nak rasa nikmat bunga orkid anosmum ni..meh lah umah aku..baru 3-4 ari kembang..sempat lagi sebelum bunga tu layu..bila layu..sure aku sedey..sebab nikmat tu sekejap jer..tapi tak mengapa..aku bersyukur sebab sekurang2 yer pokok tu akan berbunga lagi tahun depan..InsyaAllah..begitu juga dengan orkid2 yang lain..kan ku cuba pelihara dengan sebaik2 yer..kerna orkid ku mampu gembirakan mama ku..kerna orkid juga hati ku tenang jer..

p/s : tak kisah la bunga apa pun ada kat rumah kita..yang penting bunga tu mampu menceriakan hidup kita..kalau dirumah takde pokok bunga..jom la melawat nursey bunga @ pergi taman2 yang ada pokok bunga..sekarang pun da banyak tempat kita leh nikmati keindahan ala ciptaan Tuhan...

Sunday, April 14, 2013

SETELAH SEKIAN LAMA




Assalamualaikum...

sekian lama ku menyepi..kini ku muncul kembali...banyak peristiwa dan pengalaman sepanjang awal 2013 ni telah ku lalui...tak  kisah lah baik @ buruk..yang penting i'm enjoy!!!

apa khabar kawan2 ku??tentu ada yang rindukan diriku kan2?(perasan jap..)...lau ada tu..terima kasih lah..myra pun rindu korang gak tau!!tanpa korang tak timbul lah entry di pagi hari ni..orang lain sedap2 membuta..ku berjaga lagi..bukan apa..mata ni tak mahu pejam lak..biasa makan ubat..let go da!!..

da penat blogwalking..tu yang ku mula menulis entry terbaru..disamping update blog2 yang lain..lama juga tak update..sampai tak ketahuan nak story apa da...

ok la yer..bila rajin myra update lg..hehehehe..(@_@)

p/s : mood dipagi hari yang blurr...

Wednesday, June 27, 2012

Hati dan jiwa kita mudah menerima hidayah dari Allah sebenarnya bila mana di dalam hati kita tiada sifat dendam dan kebencian. ^^


♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Wednesday, September 28, 2011

i love u mum...

da lebih 2 bulan aku duk kat umah ni....mama aku ntah berapa kali suruh aku kuar cari kerja...asal aku nak kuar je ade jer masalah yg berlaku..huhuhuhu..poning eden memikior yer....bila aku da dapat keja nanti aku kena pikior lain lak..mama aku balik keje nk mkn pe???kucing2 aku kat umah ni yg de kat 10 ekor ni...siapa nak bg mkn???nk harapkan jiran2 aku??simpang umah aku elakkan...wakakakaka....last2 mama aku pun give up la nk suruh aku cari kerja..dia tahu kemungkinan kalau aku da dpt keja kelak kot..hehehe..anak mana xsayang mak...mama..i love u so much..muahh....pe2 pun aku kena kuar cari keja gak..sampai bila aku nk bergantung ngan mama aku..i'm now older already..umur makin meningkat...nk harapkan laki tanggung???aku tak nikah lagi...nk tuntut nafkah lak..aku mne de anak ngan dia...dulu pun dia yg tanggung aku...xpe la..demi mama aku..aku akan kuar cari kerja..sambil tu isi form2 lam JobMalaysia & Mudah.my...harap2 ada kerja yg sesuai dgn aku..coz aku ni kdg2 memilih gak keja..bukan pe..depend situation la...lau leh aku suka keja yg jumpa ramai org..mcm promoter @ salesgirl..ngommmyer~~~whatever la keje pun..janji halal...thanx to my mama coz support me smpai skrg..mama pk jer adik2 k..i'm ok here...

Tuesday, September 27, 2011

aku tak marah pun.....

aku pun tak tahu pe mimpi aku lepak situ pepagi buta nih...huhuhuhu..tiba2 mood aku di rosakkn oleh seseorang..aku marah sgt2 kt dia..aku mmg salahkn dia ape yg berlaku..kalau tak kerana dia semua tu takkan terjadi...tapi aku sedey r..tak abis2 fitnah yg dia nak bg..entah lah...aku da banyak kali beralah n sabar dengan apa yang dia cakap kat aku..kadang2 sampai masa aku fikir balik...aku kena buat lebih dari tu...hahahaha..tapi aku ni tak kejam mana la sangat..adakala aku leh jadi baik..tapi bukan bermakna aku bertalam dua muka ngan sapa2..tp aku nak jadi kawan n pendengar yang baik...memang masalah tu kadang2 luar jangkaan aku...but it's normal pada yang pernah merasai alam berumah tangga..aku pun dulu seorang yang cemburu gak..tapi salah aku sendiri...aku tak tahu nak hargai dia..akhirnya dia mengecap bahagia dengan orang lain...aku nak menyesal pun xde guna coz aku yang mencetuskan hubungan antara mereka..dan akhirnya aku membawa diri hingga ke ari ni..aku akan cuba mengelakkan diri dr bertembung dengan mantan laki ku itu..aku nak pesan lah kepada bini2 orang kat luar sana...kalau betul2 korang sayangkan suami korang n xmau dia dirampas org lain..hargailah dia..kalau boleh bila berbicara dengan suami tu...berbicara lah dalam keadaan tenang..bukan marah2...n cuba wujudkan suasana yang harmoni semasa berbincang...supaya takkan ada yang terluka..kerna lelaki ni juga sensitif sebenarnya...ada diantara mereka sanggup bunuh diri sebab tertekan dengan layanan isteri yang tak memahami n xmau peduli...lelaki juga perlukan kasih sayang n belaian manja dari isteri...aku nak nasihat org sanagt pun xboleh..aku cuma mampu jd pendengar jer...aku pun xsalahkan sapa2 dalam hal ni..cuma aku mampu berpesan...masing2 kena beralah...tak boleh kedua2 yer kepala angin...sbb tu Allah SWT wujudkan setiap makhlukNYA berlawanan...ada pro-kontra yer...aku tahu org tu cop aku mcm2...perempuan xtau malu lah...gedik la..perampas suami orang lah...tp cermin diri tu...siapa yang mulakan...aku rasa kalau dia tak kenalkan kami..aku rasa xkan jd seperti ari ni..but tak abis2 fitnah n haloba yg dia nk bg kat aku...jangan ckp sesuatu yg xmasuk dek akal la..lau betul2 sayang..approve it...jangan sekadar tunjuk pic yg bahagia tp hakikat..hati tu xbahagia...kepada isteri2 & suami2 di luar sana..hargailah pasangan masing2 selagi mereka ada bersama....

Monday, September 26, 2011

ntah ape2...



tarikh gambar ni di ambil pada 17 September 2011
di Dewan Merdeka...PWTC...

akhirnya sijil pengajian telah aku miliki...
macam tak percaya jer aku da abis belajar...
Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Pemasaran kini dalam gengaman...
setahun 6 bulan tempoh pengajian..
berakhir sudah..

thanx kepada kawan2 yang banyak menyokong selama ini...
tanpa sokongan kalian tentu aku takkan berada di tahap sekarang ni...
thanx juga kepada mama n arwah abah ku...
kini anakmu telah pun memenuhi hasrat kalian berdua...
tanpa kalian siapalah diriku disaat ini..
terima kasih juga kepada adik2 ku...
kalian lah permata hatiku...
terima kasih juga kepada insan tersayang...
kerna kasih sayang & cintamu telah membawa diriku ke tahap ini...

***blurr sudah..aku tak tahu nak tulis apa lagi..kerna di saat ini..tiba2 airmata ku berlinangan...ntah kenapa tiba2 jer aku menangis...mungkin teringat sesuatu @ seseorang..ntah r..aku rasa hati ku pedih sangat2...mungkin sesuatu telah berlaku disaat aku tak sedar akan kehadirannya...Ya Allah..lapangkan dadaku & mindaku..agar ku tenang menempuh hari esok...Amin..Ya Rabbal Alamin...



Aidilfitri 2011


kali kedua raya tanpa seorang ayah...
sayangi lah ayah anda selagi mereka masih ada...
kehilangannya akan memberi satu kesan yang sangat mendalam pada diri kita...
begitu juga ibu...
hargailah pengorbanannya yang banyak berusaha untuk membesarkan kita...


adik2 ku...
syukri...
hamizah...
hazimah...
hakimah...

akak kalian ini ingin berpesan...
walaupun mungkin akak bukanlah akak yang terbaik untuk kalian...
namun akak juga tau tanggungjawab yang perlu akak pikul kini...
mungkin pelajaran akak tak setinggi mizah...yang kini dalam pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan....akak cuma sijil kemahiran malaysia dalam bidang pemasaran...
akak nak adik2 akak yang lain...
jangan jadi seperti akak...
kalian belajarlah selagi diberi peluang...
selagi korang termampu...
jangan sia-siakan masa muda mu adik2 ku...
akak doakan kalian berjaya dalam bidang masing2...
maafkan akak wahai adik2 ku...
kakak tak mampu nak beri teladan yang baik pada kalian...
kalian janganlah pula mengikut jejak langkah kakakmu sebegini...
bawalah hala tujumu ke jalan yang lebih baik...
demi mengubah nasib hidupmu kelak...

"Salam Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin 2011"

Thursday, July 28, 2011

orang kata hati manusia ni sentiasa berubah mengikut situasi kan...mrngapa erkk..hati ku pun camtu gak..aku kadang2 tak faham dengan perasaan ku sendiri..adakala aku menangis..adakala aku ketawa..padahal masa tu hati ku terluka..padahal masa tu aku terduduk memikirkan keadaan diriku..naif yer aku dalam hal ni..aku tak sedar yang aku selalu buat kesilapan dalam kehidupan walaupun aku tau sebab n kesan dari apa yang aku buat ni..KINI...aku terjebak dalam percaturan yang aku sendri rela..kenapa mesti aku terjebak dalam percintaan ni..sedangkan aku tau ia nya akan menyebabkan ati aku terluka..kenapa aku tak boleh lari..tak boleh menipu diri sendiri yang aku sebenarnya merana...yang sebenarnya aku menanggung sarat derita..untuk membuat orang lain bahagia..mungkin kali Allah nak uji aku..nak uji kesabaran ku..nak uji hatiku...aku mudah sayang org..tapi adakah balasan yang setimpal aku dapat???ENTAHLAH...biar masa yang menentukan semua itu..aku hanya berserah...janji orang tak sakitkan hati aku..aku pun takkan sakitkan ati orang lain...

Tuesday, June 21, 2011

makin hampir hari yg di tunggu...

Sunday, June 12, 2011

tahniah hanni ramsul...

perghhh...mcm tak percaya jer aku pergi servey novel baru ari ni...huhuhu...
kat karnival mini karangkraf aku tak jumpa pun buku yg berkenan dan belum baca..hampir separuh buku yg ade aku da baca sikit...walaupun ada buku baru tapi bukan dari penulis yg menjadi favourite aku seperti aisya sofea, nia arissa, damya hana,dan beberapa lg penulis yg aku tak berapa nak ingat nama..yg aku tahu novel diorg best...
kebetulan dalam perjalanan pulang selepas makan bersama kawan baik ku...aku singgah di POPULAR di TESCO sungai petani selatan..p servey novel lak kat situ..hehehehe...aku terkezut sebentar..mcm tak percaya jer pe yg aku lihat...hahahaha...ade papan besar tertera CALON ANUGERAH  PILIHAN PEMBACA anjuran BERITA HARIAN...tak silap aku lah...terpampang novelis yg aku kenal sgt2...iaitu HANNI RAMSUL  dengan novelnya yang bertajuk PERGILAH AIR MATA...pergghhh...tak percaya aku novel kawan aku tu terpilih menjadi calon anugerah tu...bangga sebentar walaupun bukan aku tuan punya novel tu..hahahaha...pe2 pun aku ucapkan TAHNIAH pada member aku tu..salute la aku sama dia...semoga novel dia menang lah anugerah tu kan...




masa kian berlalu...kenapa aku masih tak dapat lupakan dia...kenapa aku tak dapat buang perasaan aku terhadap dia dari hati ini...kenapa!!!aku benci dia!!!benci sangat2 atas apa yang dia da buat!!!dia da sakitkan ati aku..dia da buat aku derita..dia da buat aku merana...aku kecewa sangat2 dengan dia...aku kena lupakan dia..kena buang da terus dari hati ni...aku mesti!!!!aku yakin aku akan dapat lupakan dia!!!tolong lah aku bencikan dia...aku nak lupakan segala tentang dia!!!tapi adakah aku kuat...hanya dia kekuatan aku...walaupun cuma dapat dengar suara dia dari jauh...YA ALLAH...aku cuma insan biasa...berikanlah kekuatan kepada hambaMU ini....

p/s : abang...hati ini masih ada ruang untuk mu....

Thursday, June 9, 2011

assalamualaikum...
hari merupakan hari terakhir aku praktikal di HERBagus Sdn Bhd,Bertam,Penang.bermula pada 3 Mei - 9 Jun 2011...
banyak pengalaman dan pengajaran yang telah aku pelajari..antaranya bagaimana hendak menjadi seorang usahawan yang berjaya...Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pertama kalinya kita hendaklah ada ilmu..ada basic pun kira ok la..asalkan kita tidak menyalahgunakan kuasa kita sebagai seorang pengurus @ bos  mahupun pekerja bawahan...pepatah melayu ada berkata " sedangkan lidah lagi tergigit "...apatah lagi antara pekerja dan pengurus @ bos..apa2 pun yang baik kita jadi kan ikutan yang buruk kita jadikan tauladan agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang...
selain dari ada ilmu kita mestilah ada modal...jangan lak berhutang dengan bank @ ALONG...esok2 susahkan keluarga dan kawan2 kita jer..mane tak yer terpaksa gadai harta benda nak bayar hutang untuk kita..tu pun lau family dan friends kita jenis amik berat sal kita..lau jenis yang wat xtau jer...nama kita juga busuk..kena blacklist dengan bank2 pastu kena kejar dek ALONG...kasihan...so kenalah ada perancangan awal dan rapi sebelum memulakan sebuah perniagaan...
selain itu lokasi dan juga pelanggan kita juga amat penting...agar bisnes kita dapat berjalan dengan lancar dan segala impian dan sasaran yang kita tetapkan sebelum ini tercapai..so sape2 nak berniaga tu..i wish u good luck..n sape2 yg da biase niaga tu...tingkatkan kemajuan anda..hahahaha..
nk epy2 coz xmo sedeyh2 di hari terakhir praktikal...xsabar nak jumpa bos ngan kawan2 sekerja ptg ni...



p/s : mood sedeyh sikit anyway still smile...selamat tinggal HERBagus Shoppe & Trading...


Monday, June 6, 2011



maafkan aku teman...dah berhabuk tempat kamu yer...kasihan kamu...meh aku bersih kan...


ha!!kan da bersih dan canteq...hihihi...


aku pun xtau nak tulis ape2...ape pun aku nak gitau yang sekarang ni aku bz ngan praktikal...
xlama lagi da nak final...so aku nak fokus kat pelajaran aku...bab2 cintan cintun ni aku nak letak tepi dulu...
yang penting aku abiskan belajar ni dan bina kerjaya aku...huhuhu (T_T)
doakan kejayaan aku yer kawan2...lau aku de wat salah ngan korang semua...aku minta maaf...aku pun da maafkan korang..minta halal segala ilmu yang kita kongsi bersama...aku pun da halalkan lau de korang terambik @ terguna xsengaja hak aku...aku da malas nak fikir pe sgt2...da~~~

Monday, May 23, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2011

Time
Thursday at 10:00am - May 29 at 10:00pm

Location
PRESINT4 PUTRA JAYA

Created By
siti amira    (wakil syarikat HERBagus SDN BHD)

More Info
LEBIH DARI 200 ACARA YANG DI SEDIAKAN UNTUK PARA PENGUNJUNG.

1. JOM HEBOH EDISI HARI BELIA NEGARA 2011
2. YOUTH TOURISM FAIR
3. KARNIVAL SENI BUDAYA 1 MALAYSIA
4. KARNIVAL PRODUK KECANTIKAN DAN INDUSTRI DESA
5. PERTUNJUKAN LAYANG-LAYANG GERGASI. (DJMESRA GROUP BERTUGAS)
6. PERLAWANAN FUTSAL
7. MAHA YOUTH
8. INTERNATIONAL YOUTH
9. WORLD YOUTH FANTASY & GADGET WORLD
10.KARNIVAL JOM MAKAN
DAN BANYAK LAGI

Thursday, May 12, 2011

kadang kala kita tak sedar hidup ini dah berlalu...rasa macam baru tadi saja peristiwa semalam itu berlaku...namun bagi ku hidup ini terlalu singkat...masa yang ada seperti tak cukup 24 jam macam 4 jam jer...namun itu lah hakikat hidup kita...walaupun berbagai dugaan menimpa..kekecewaan harus ku harungi...aku tetap tabah dan terpaksa tunjukkan kepada semua yang aku bukannya lemah seperti diorang sangkakan...aku kadang kala sedey jugak coz terpaksa berlakon depan semua orang seperti tiada apa-apa yang berlaku namun aku tewas bila aku sendirian...aku menangis jugak...aku terpaksa tipu korang yang aku ok...maafkan aku kawan2...tak niat pun namun aku tak nak korang susah hati dengan keadaan aku sekarang ni...sakit ku...kelukaan ku...biarlah aku tanggung sendiri...aku dah banyak menyusahkan korang...cukup lah ape yang da kita kongsi bersama selama ni...aku tahu dengan tiada dia disisi ku...dia yang selama ini banyak memberikan ku harapan untuk teruskan hidup ini...yang cuba buat ku tersenyum bila lihat wajahnya...yang buat air mata ku mengalir disaat aku bersujud pada Yang Esa...yang buat ku tersedu tiap kali lena tidur ku...aku redha...dia memang bukan jodoh untuk ku...mungkin ada yang terbaik untuk ku...aku cuba setia tapi aku dah cukup terluka dengan apa yang dia telah lakukan...aku cuba bertahan perasaan ini dari terima insan lain namun dia yang melangkah pergi tinggalkan aku terlebih dahulu...sehinggalah muncul seorang insan yang pada mulanya menghulur salam seorang abang kepada adiknya...bertukar menjadi kasih sayang...tapi status yang ada padanya membuatku sedikit ternganggu kerna aku tak mahu dia khianati isterinya...aku tahu isterinya pernah jadi sebahagian dari hidup ku...seorang kawan yang setia dan sedia berkongsi masalah dengan ku...aku perlu undurkan diri daripada kehidupan mereka...aku perlu pergi...maafkan aku teman...kini aku dalam dilema kerna muncul pula insan yang menghulurkan kasih...kasih yang selama ni aku dambakan...perhatian dan kasih sayang yang tak terhingga aku tak sedar yang aku terbuai dengan angin cinta yang dibawanya...aku jadi makin takut untuk mendekati dia...takut aku terluka dan dia turut terluka dengan cinta yang tak berbalas...aku tak mahu melukakan perasaan dia...walaupun acap kali ku beri peluang padanya untuk mendekati ku namun aku pula yang menjauhkan diri darinya...maafkan daku sayang...aku tak kuat lagi untuk menghadapi cinta yang tak pasti milikku...


p/s: aku tak mahu lagi kecewa apatah lagi mengecewakan insan2 yang menyayangi ku...maafkan aku...





kini baru aku sadari
cinta bisa hadir tanpa disadari
dengan perlahan tapi pasti
merasuk di jiwa ini
perasaan ini
takkan pernah aku mengerti
sejenak khilafku
lupakan dia yg miliki diriku
reff: seandainya cinta ini tak pernah terjadi
takkan ada air mata dan hati perih terluka
saat cinta menyentuh hati
aku pun tak kuasa untuk menghindari
meski aku telah berdua
aku jatuh cinta lagi
sejenak khilafku
lupakan dia yg miliki diriku

Sunday, May 8, 2011

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit

Kita bina hidup baru






Friday, May 6, 2011

izinkan aku berada di sisi mu selamanya...

assalamualaikum dan selamat pagi jumaat..time ni aku da de kat tempat keje aku..memang sunyi..walaupun kadang2 si dia anta msj tanya kn keadaan aku..aku layan seperti biase macam kawan coz aku tak mampu nak terima di kerana hati ku masih belum terbuka untuk menerima cinta dia..menurut seperti tajuk diatas ni...baru2 ni dia nyanyi live special utk besday aku...lagu fvt aku nyanyi republik - izinkan aku mencintaimu..terharu sgt2..sedey pun ade..aku sedey bukan ape..lagu ni wat aku teringat seseorang yg pernah aku tujukan lagu ni..lagu ni mmg khas utk dia seorang...bila aku dgr dia nyanyi lagu ni..air mata aku terus mengalir.."maafkan saya wak...tak de niat pun nak tengking awak tadi atau nk wat awak sakit ati bila awak nyanyi lagu tu..cuma mood saya sedey jer..lagu tu wat saya teringat seseorang..",hanya itu jer yang mampu aku luahkan pada Shabudin...mula2 dia down..tp sekejap jer..dia pujuk aku dan minta maaf..padahal dia tak salah pun..aku jer yang terlalu ikutkan perasaan..terkedu aku dengar ucapan SAYA MINTA MAAF tu....ntah kenapa tak pernah pun selama ni lelaki minta maaf ngan aku..biase diorang ego...tp Shabudin...kenapa dia begitu baik dengan aku???walaupun aku sering kali sakit kan hati dia???Ya Allah..berikan lah petunjukMU kepada ku...
p/s:-kenapa setiap kali aku wat solat istikarah..mesti muncul wajah yang sama...padahal aku da buang segala perasaan aku pada dia...aku mesti lupakan dia..





sungguh benar ku cintaimu
meski kau tak anggap ku ada
ku tak akan memintamu untuk mencintaiku

* ku tak berharap kau cintaiku
ku tak berharap kau balas cintaku
yang ku harap kau izinkan aku mencintaimu

cinta ini sudah terlanjur kumiliki dari dirimu
biarkan cintaku bersamamu
meski ragaku tak bisa bersamamu

free counters